Sunday, 17 February 2013

KAKOM 12'

KAKOM ialah pengelolaan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (10 buah), Kolej Matrikulasi Teknikal (3 buah) dan Kolej MARA (2 buah).
Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah merupakan salah satu aktiviti dalam program kokurikulum. Ianya melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih bagi mewakili kolej masing-masing dalam aktiviti permainan, pertandingan bercorak akademik dan waja diri. Karnival ini secara umumnya adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing. Aktiviti ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan menerapkan nilai-nilai murni.

Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) telah diadakan buat pertama kalinya di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi pada tahun 2000.  Seterusnya tuan rumah bagi temasya tahunan ini adalah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(2002), Kolej Matrikulasi Melaka(2003), Kolej Matrikulasi Perak(2004), Kolej Matrikulasi Johor(2005),  Kolej Matrikulasi Pahang(2006), Kolej Matrikulasi Kedah(2007), Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2008), Kolej Matrikulasi Perlis(2009), Kolej Matrikulasi Johor(2010) dan Kolej Matrikulasi Selangor(2011).
Kolej Matrikulasi Kedah sekali lagi  telah diberikan penghormatan sebagai tuan rumah bagi Karnival Kokurikulum Matrikulasi  Xll pada tahun 2012. Semoga penganjuran kali ini dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang serta memberi kepuasan kepada peserta-peserta dan pegawai-pegawai terlibat.
Berikut adalah keputusan akhir kejohanan

Koleksi gambar kejohanan klik sini















Tahniah kepada yang berjaya mengutip pingat. Sama sam kita doakan untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada sesi akan datang.

No comments:

Post a Comment